Sunday, November 23, 2008

Kenape Bulan November Best?

Sebabnye bulan November cuti sekolah ke? Tak. Sebabnye bulan nih banyak tarikh2 penting dalam hidup aku. Bulan nih la aku dilahirkan begitu jugak dengan wife dan mak aku. Baru2 nih wife blanje sempena besday aku. Kami ronda2 dekat sini je sebab kami dah plan nak pergi Cameron celebrate kat sana. Besday aku dengan wife beza 3 hari je. Kalau tak de pape aral mungkin 27hb nih pergi sana.

Aku memang tak sabar nak tunggu tarikh tu sebab dah lama kami tak pergi vacation. Aku upload skit gambar2 kami ronda2 kat area Queensbay Mall. Kat sini kalau lepak petang2 memang best tambah lagi kalau angin kuat. Pernah jugak kami buat BBQ kat sini dulu waktu malam.


Thursday, November 20, 2008

Petang De Penang Court...

Tak tau pulak kat Jelutong ada tempat lepak2 macam kat padang kota. Itu pun ada akak satu tempat keje bagitau. Giler la 3 tahun dok sini baru tau tempat nih wujud. Pape pun view kat sini boleh tahan. Aku rase ramai jugak yang tak tau tempat nih. Atau aku sorang je yang tak tau. Hehe... Dulu memang tak de aku rase. Tempat nih ada pun sejak naik je perumahan kat area sini. Mungkin developer yang buat untuk penduduk taman kat situ. Kalau dapat beli umah kat area sini memang best la. Tapi mampu ke? Huhu... 500K keatas at least.

Masa aku pergi aritu agak ramai jugak la yang datang. Tapi banyak jugak pekerja asing. Muka macam Vietnam pun ada macam Siam pun ada. Sebenarnye tujuan aku datang sini saje bawak family jalan2. Jemu dah asyik pergi tempat yang sama je. Tu yang datang sini. Ape yang menariknye kat sini dia punya view mmg best terutamanye kalau waktu mlm dan awal pagi.. Mengadap jambatan Penang pastu banyak kapal2 parking kat sini. Ada jugak yang datang cari rezeki kat sini berniaga. Juai kebab la, jagung bakar la dan macam2 la.

Darwisy la yang paling syok sekali. Lama papa & ibu dia tak bawak jalan2. Kalau dia dah pandai jalan tak larat nak kejo la jawabnye. Kami pergi kejap je sebab dah lewat petang. Ada la skit gambar2 masa kat sana. Mana le tau kut2 ada sesape yang nak pergi.

Saturday, November 15, 2008

Canon Eos 5D Mark II...

Canon dah officially announced next product baru diorang. Canon Eos 5D Mark II dijangka akan berada di pasaran end of November 2008 mungkin nak compete dengan Nikon D700. Sebelum nih 50D baru saje keluar menggantikan 40D. Rasenye ramai peminat Canon ternanti2 kemunculan new 5D termasuk la aku yang memang ada plan nak pakai full frame body. Last 5D keluar tahun 2005 iaitu 3 tahun lepas. 5D punye performance in landscape photography memang tak dapat nak dinafikan lagi kehebatannye. Spesifikasi untuk 5D Mark II dah tersebar luas dalam internet.

Banyak jugak improvement dan new features. Yang paling best ada HD video recording. Dah tengok sample video dalam internet. Memang A+. Photographer dah boleh jadi videographer.

Improvement :
- 21Mpx.
- Digic 4 image processor.
- ISO range 50 - 25600.
- View finder 98% frame coverage.
- LCD 920,000 pixels with anti reflection.
- Drive mode continuous 3.9 fps.
- Support UDMA card.
- etc.

New Features :
- Eos integrated cleaning system.
- AF micro adjustment.
- Highlight tone priority.
- Auto lighting optimizer (4 settings).
- Long exposure noise reduction.
- High ISO noise reduction (4 settings).
- Auto correction of lens peripheral illumination (vignetting).
- LCD live view.
- HD video recording.
- Creative auto shooting mode.
- HDMI/Infra red connectivity.
- etc.

Mungkin ada banyak lagi improvement dan features baru yang tak dinyatakan di sini. Nih hanya sebahagian yang agak ketara perubahannye. Harap2nye 5D Mark II akan mengekalkan tradisi seperti 5D sebelum nih sekali gus improve lagi performance.

Adakah next body aku Canon Eos 5D Mark II? :)

REVIEW
______________________________________________________

Read - PhotographyBLOG (5 out of 5)
Read - PopPhoto ("lives up to the hype")
Read - ArtByPhil ("an amazing deal")
Read - Digital Journalist ("a superb still camera, reasonable price")
Read - CameraLabs ("Canon's most powerful DSLRs to date")
Read - CameraTown ("a revolutionary camera")

Majidah & Ezhar's Wedding...

Waktu nih aku dah pakai lens baru F2.8. Best jugak la sebab impian dah tercapai. Tapi lens tu kalau guna kat full frame camera lagi masyuk. Aku beli pun memang ada plan untuk tukar full frame body nanti. Tengah himpun modai. Ape yg best wedding nih sebab ramai sedara mara yang datang membantu termasuk la family aku. Seronok bila dapat berkumpul ramai2 camnih. Ada jugak la sedara yang tak dapat datang mungkin ada hal. Family sebelah mak aku kebanyakkannye orang Perak. Semue dok dekat2 je.

Pada aku senang amik gambar bila tengah hari sebab boleh set low ISO high shutter speed. So kalau nak buat stop motion memang tak da masalah. Tapi satu benda nak kena jaga iaitu 'backlight'. Selalu jadi bila belakangkan cahaya. Backlight kengkadang boleh cacatkan gambar tapi ada kalanye leh bagi effect yg menarik bergantung pada skill photographer.

Tips : Cara nak mengatasi backlight boleh la guna fill flash ataupun boleh guna reflector. Tapi masa wedding payah la pulak nak bawak reflector tambah pulak kalau kita bekerja sorang2. Kalau keadaan tak boleh dielakkan cuba la cari angle2 yang sesuai sebelum shoot.

Nih yang biasa aku buat. Klu ada kaedah lain yang lebih efektif boleh dikongsi bersama amat dialu2kan. Anyway, thanks to Majidah & Ezhar and congrate!


Monday, November 10, 2008

Lagi 10 Hari Nak Masuk 6 Bulan...

Sekejap je masa berlalu. Darwisy dah semakin membesar. Seronok tengok proses pembesaran dia. Dulu baring je. Minum susu pastu tido. Bila lapo atau kembung perut nangis. Sekarang nih dah boleh meniarap. Mula2 masa belajar meniarap dulu leh pusing satu side je. Sekarang nih dua2 side pun dah boleh. Dah pandai sembang dan gelak sampai satu rumah pun dengar.

Kalau dulu malam memang time jaga dia la. Masa tu la nak ajak sembang dan main. Tension jugak kengkadang sebab esoknye keje. Dah lumrah macam tu kena la terima. Tapi bila dia senyum kat kita sejuk skit hati. Tapi sekarang nih dah senang skit sebab time tido dia dah sama dengan kite. Darwisy dah pandai pegang botol sendiri. Bila nampak je kita bawak botoi susu dia dah siap hulur tangan. Dia sendiri yang masukkan puting dalam mulut dia.

Satu benda yang kena jaga bila usia mcm nih dia dah pandai capai benda pastu nak masuk mulut. Benda2 kecik dan bahaya kena letak tempat tinggi skit. Takut dia tertelan pulak. Semue orang pun akan melalui benda yg sama kan.

Tak sabar nak tunggu dia panggil papa & ibu!

Saturday, November 8, 2008

Herman & Mahazril's Wedding...

Kali nih kat Permatang Pasir, Balik Pulau. Dua pasangan sekali satu event. Tapi pasangan yang lagi satu aku tak tunjukkan kat sini. Wedding diorang nih meriah gak la maklum la 2 pasangan. Budget untuk kenduri boleh share pastu leh la buat grand skit. Aku siap tersesat jalan lagi nak pergi sana. Semoga berbahgia ye Herman & Mahazril.

Thursday, November 6, 2008

Berendoi...

Lepas je wife abih pantang kami buat majlis berendoi, bercukur dan kenduri kesyukuran untuk putera sulong kami. Buat kat umah pak mentua. Tak ajak ramai pun. Org masjid, jiran2, sedara-mara dan jugak kengkawan. Cadangnye mula2 nak buat aqiqah tapi budget tak mengizinkan. Seronok gak bila dah jd bapak nih. Tapi ada yang teruk jugak contohnye macam kene berjaga malam tambah pulak kalau esoknye keje. Anak aku pulak jenis tak tidur malam. Orang kata tengah dalam pantang memang macam tu.

Baru la kita tau mcm mana pengorbanan ibu bapak kita masa lahirkan kita dulu. Insaf...Insaf... Setiap minggu aku balik Ipoh sebab mak mentua aku yang nak jaga. So, berulang alik la aku Penang dan Ipoh tiap2 minggu. 2 bulan jugak la. Tayar kete pun cepat je botak siap terkeluar dawai lagi. Nasib baik pakai kete kelisa. Sep minyak. Kami jemput jugak team marhaban Kampung Serdang Permai. Saje nak merase berdondang.

Wednesday, November 5, 2008

Keratong, Pahang...

Perhh...Jauh giler tempat tu. Kalau suruh aku pergi balik memang tak ingat jalan sebab aku dok belakang je. Biasanye kalau tak memandu memang susah skit nak ingat jalan. Kat sini kalau nak tengok pokok kelapa sawit memang senang sangat. Toleh arah mana pun mesti nampak punye. First time aku datang sini. Bandar yang paling dekat Muazam. Pukul 2 petang bertolak dekat tengah malam baru sampai. Bawak kete pun slow je sebab ikut sekali rombongan pengantin. Memang betul2 penat kali nih. Nih la job yang paling jauh sekali pernah aku pergi. Kengkawan punya pasai.

Tapi seronok jugak la berjalan tempat orang. Jauh berjalan luas pandangan dan pengalaman. Tengok macam2 ragam orang. Keratong nih sebenarnye kawasan felda. Waktu malam memang sunyi dan gelap. Perjalanan ke situ pun tak da lampu jalan. Memang malang la kalau kereta rosak. Line tipon pun kejap ada kejap tak da. Bagi sesape yang nak kesitu buat la preparation sebaik2nye.

Anti Wedding Photographer...

Aku ada terbaca entry dalam satu blog nih. Tajuknye kalau tak silap "Kenapa Aku Anti Wedding Photographer?". Tajuknye aje memang menarik perhatian aku untuk baca sebab aku memang dalam bidang nih. Dia bagi la sebab2 nape dia anti antaranye dia kata ada Wedding Photographer yang charge mahai2 tapi gambar tak lawa mana pun. Posing pun fotocopy je dengan Wedding Photographer yg lain dan banyak lagi la point dia. Pastu editing yang tak masuk akal, bidang nih kena buat full time baru boleh dikira professional dan macam2 lagi la. Ada jgk la yang komen sokong dan ada jugak yang tak setuju. Masing2 bagi pendapat masing2. Tak sokong tu kebanyakkannye photographer la dan yg sokong kebanyakkannye customer yg kecewa aku rase. Nih la masanye nak luahkan perasaan.

Klu fikir positif memang ada la point2 dia yang Wedding Photographer boleh amik untuk perbaiki diri. Aku rase ada 2 jenis Wedding Photographer. Satu yang memang minat photography dan satu lagi yang minat jugak tapi lebih kearah nak buat income. Oleh kerana kegawatan yang semakin menghimpit sekarang nih, jenis yang nombor 2 tu dah makin ramai. Bagi yang memang minat photography dan menghargai nilai2 seninye, dia akan cuba cari idea2 baru yang lebih kreatif. Mungkin sebab tu hasil mereka lebih menarik berbanding dengan photographer yang jenis nombor 2. Pendapat aku dua2 pun tak da salahnye. Masing2 ada alasannye sendiri. Sebab rezeki tu datangnye dari Allah. Customer pilih diorang pun sebab customer sendiri yang suka hasil kerja diorang sebelum nih. Tak da sape yang paksa.

Untuk point bidang nih kena buat full time tu aku tak bape setuju sebabnye part time pun boleh bagi commitment. Tak jadi masalah. Aku rase semue Wedding Photographer nak buat yang terbaik untuk maintain customer diorang. Ada jugak yang kata kalau dah banyak sangat Wedding Photographer, nanti banyak la jugak hasil kerja mcm sampah. Kalau nak amik sudut negatif camtu la. Tapi kalau amik sudut positif bila dah ramai, orang akan mula bersaing (healthy competition). Antara Wedding Photographer sendiri akan ada perasaan jelous bila tengok hasil kerja orang lain lebih baik. Aku sendiri pun cuba nak improve dari masa ke semasa. Ape yang penting sekarang nih customer yang kena bijak memilih. Pilih biar hasil kerjanye setimpal dengan bayaran. Mcm kita pergi kedai beli barang la. Barang sama tapi ada kedai yang juai lagi murah buat ape kita pergi cari kedai yang mahai. Pandai2 la.

Aku salute kat Saiful Nang sebab berjaya dalam bidang nih. Yang pentingnye orang melayu kita. Banyak jugak gambar2 dia bagi inspirasi kat aku. Dia dah macam icon bagi Wedding Photographer kat Malaysia nih. Mana le tau satu hari nanti aku akan berada kat tempat dia pulak. Hehe... InsyaAllah!

Tuesday, November 4, 2008

Nik & Ani's Wedding...

Hahaha...Title tak de kena mengena pun sebenarnye. Cuma name dia je Dzulkarnain. Tu je yang sinonim. Orangnye tak la. Background sawah padi memang best la aku rase untuk outdoor photography sebab banyak color hijau. Mata kita memang peka dan tertarik pada warna hijau. Pasai tu la night vision pun color hijau pasai mata kita memang peka color tu. Discovery Channel yang cakap. Belakang umah Ani je sawahnye. Tak jauh pun. Reception sebulan lepas nikah. Nikah, reception, bertandang memang aku dapat contract penuh la. Saje nak support member katanye. Nanti aku akan update gambar masa bertandang kat Keratong, Pahang. Tunggu...

Diorang la yang pertama buat custom/storyboard album kat aku. Dia puas hati jugak la. Lega aku. Tu yang penting (customer satisfaction). Tapi sebenarnye sampai sekarang nih pun aku masih lagi tak puas hati. Masa mula2 dulu, aku lebih suka pakai mode P sebab senang. Cuma adjust white balance, metering dengan ISO tu je. Tak payah nak susah2 tapi selagi tu la gambar kita biasa2 je. Mungkin akan datang aku akan lebih menggunakan mode M untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif atau pun mode AV dan TV.

Pendapat aku kerja sebagai seorang Wedding Photographer bukan senang. Yang pertama sekali kena tahan panas. Pastu berdiri berjam2, tangan lenguh sebab pegang camera yg berat lama sangat dan segala tindakan kena cepat. Takut miss moment2 yang penting yang tak boleh nak undo contohnye macam masa akad nikah. Kita kena merancang labih awai ape yang kita nak buat. Kalau ada 2nd photographer lagi bagus. Dia boleh backup kita dalam masa yang sama boleh cover banyak angle dan moment. Sorang pun boleh buat bukan tak boleh. Semuenye bergantung pada skill dan pengalaman photographer tu sendiri.


Monday, November 3, 2008

Eina & Khalili's Engagement...

Dapat call daripada seorang yang nakkan perkhidmatan fotografi untuk majlis pertunangannye kat Batu Gajah. Memang tak jangka la benda ni sebab tak kenai pun. Dia just google kat internet pastu dapat phone number from fotopages. Aku pun terima la. Masa hari pertunangan tu semue berjalan lancar. Aku jmpe dengan make up artist yang talented jugak. Memang cantik la dia make up pada pandangan mata aku. Nama dia Kak Lela. Dulu freelance make up artist tapi sekarang nih dah ada kedai seniri (Lela Touch Creation) kat Sitiawan kalau tak silap. Nih webpage dia (http://yuslafiqa.fotopages.com/). Kalau sesape nak dapatkan service dia boleh dapatkan contact number kat situ.

Kita still contact each other. Dia ada jugak recommend aku kat customer dia. Thanks ye Kak Lela. Hopefully kita leh bekerjasama lagi. Berbalik pada majlis pertunangan, orgnye dah booking siap2 tuk wedding 29.11.08. Senang katanye. Tak yah nak cari2 dah. Congrate to Eina & Khalili.


Fazli & Adirah's Wedding...

Lagi sekali nak ucap tima kasih kat Fazli & Adirah sebab bagi kepercayaan kali ke-2. Kali nih kat Gopeng. Bertandang pulak. Baju serba kuning keemasan. Gambar tak banyak boleh diuploadkan sebab backup file dah hilang. Nih je yang tinggai. Event nih pun dah lama. Adirah pun dah pregnant kalau tak silap aku. Tahniah ye kat korang. Makin ramai kengkawan yang join kelab bapak2 seMalaysia.

Pendapat aku untuk outdoor photography for wedding tak semestinye nak kena kat taman2 yg cantik. Tapi kalau ada, advantage la. Sebenarnya kat mana2 saje pun boleh tapi kena kreatif. Camna nak hidupkan gambar. Tu yang membezakn antara pro dan amateur. Nih pendapat aku je la.


Muhammad Darwisy Bin Adi Russman...

Akhirnye putera aku pun selamat dilahirkan pada 21 Mei 2008. Detik2 kelahiran telah pun aku ceritakan dalam fotopages. Saje nak share gambar2 nih dengan blogger2 lain. Seronoknye bile ada baby. Aku tak sangka dah menjadi seorang ayah. Dulu tengok kengkawan je. Sekarang giliran aku pulak. Aku yang berkenan dengan nama Muhammad Darwisy. Muhammad maknanye terpuji dan Darwisy maknanye warak. Mudah2an dia seperti namanye insyaAllah. Nama nih mcm doa jugak.

Selain daripada aku dan wife, mak aku antara orang yang paling gembira sebab cucu pertama. Lepas kawin dulu banyak kali jugak la tanya bila nak ada baby. Aku senyum je la. Kami dulu plan nak lewatkan skit dapat baby sebab kami still belajar lagi. Buat part time degree. Tapi Allah dah bagi rezeki kami redha dan alhamdulillah rezeki makin bertambah, rumahtangga kami pun makin ceria dengan kehadiran orang baru dan kami nak belajar pun tak de masalah cuma banyak keje la skit.

Gambar yang atas sekali tu baru je 5 minit lepas dilahirkan. Pastu aku pun terus mengazankan dia.

Sunday, November 2, 2008

Minggu ke-38...

Saje nak flash back masa wife aku tengah sarat dulu. Suka pulak aku tengok dia masa tu. Comei sangat. Bulat je. Hehe... Sebelum bersalin dia ajak pergi outing amik gambar buat kenang2an masa berbadan dua. Dah minggu ke-38 rasenye. Kami pun pergi la Taman DR kat Ipoh. Dah bertahun2 tak pergi sana. Masa kecik2 dulu selalu la jugak. Dulu best. Mcm2 ada. Ada funfair, boleh naik keretapi, boleh main bumper car, mini zoo dalam taman dan macam2 la. Tapi sekarang nih hanya jadi taman rekreasi je. Petang2 ada la orang bersukan. Main bola la, jogging la dan ada jugak yang datang bawak family jalan2.

Kami datang pagi camtu. Sejuk skit. Bermula la sesi fotografi ibu mengandung. View kat sini still cantik lagi macam dulu. Dewan bandaraya memang ada buat maintenance la. Bersih dan sejuk mata memandang. Pagi tu tak ramai sangat orang mungkin sebab weekday. Bagus jugak. Tak la segan sangat nak posing maklum la bawak perut. Aku recommend sangat la bagi sesape yang nak buat outdoor photography kat sini.

Shafa & Farrizul's Engagement...

Aku dah mula dapat customer luar dari Penang. Banyak jugak customer yang surf internet je pastu dapat contact number daripada fotopages. Maknanye fotopages jadi satu ejen pengiklanan yang effective. Aku percaya kebanyakkan Wedding Photographer kat Malaysia menggunakan medium yang sama mungkin sebab interface dia senang nak guna dan yang paling penting PERCUMA. Tapi ada jugak la yang guna domain berbayar. Yang nih untuk Wedding Photographer yang lebih established.
Aku ada dapat satu job kat KL. Engagement antara lawyer to be and engineer. Diorang buat simple je. Engineer tu sebenarnye colleague adik aku kat Yokogawa Kontrol. Adik aku banyak jugak la membantu dari aspek mempromosi. Thanks bro. Nanti blanje mkn. Hehe...

Aku attached kat bawah nih beberapa gambar diorang. Masa nih level of confidence dah naik skit. So tak nervous sangat dah. Pegang camera pun tak mengigil2 dah.

Dedicate congratulation to Shafa & Farrizul for your special day.


Pemilihan Camera...

Benda nih berlaku setahun yang lepas. Masa tu aku memang zero pasai camera, photography dan seumpama dengannye. Memang tau pape langsung. Yang aku tau brand camera je. Canon EOS, Nikon, Pentax dan Sony pastu ada la brand2 yang lain. Canon & Nikon boleh dianggap gergasi dalam bidang nih. Sebenarnye aku dah mentioned benda nih dalam fotopages tapi saje nak flash back. Masa mula2 nak beli camera dulu dalam kepala otak nih dok pikir canon je tapi buat2 tngk brand lain tapi yang sebenarnye dalam hati nak Canon jugak, nak Canon jugak.

Aku pun pergi la kat gurney plaza. Masa tu ada buat promotion besar2an untuk digital camera. Aku pun amik la kesempatan nih usha2 camera idaman. Pergi la kat satu cubicle nih. Semue product Canon. Bertentangan dengannye semue product Nikon. Tapi dari dealer yang sama jugak. Yang paling aku mampu masa tu 400D je. Aku pun sembang2 la dengan tauke kedai. Dialognye mungkin berbeza tapi maksudnye lebih kurang la.

Aku : Boss, boleh recommend mana camera yang bagus?
Tauke : Camera semue lebih kurang saja. Camera tarak penting tapi you sendiri. Kalau you punye camera mahal pun you punya gambar tarak cantik orang ketawa sama you.

Aku senyum je. Aku tau la tauke kedai tu nak marketing tapi ada kebenarannye jugak. So kesimpulannye skill lebih penting pastu baru la camera. Skill tu termasuk la penggunaan cahaya, angle, kreativiti dan sebagainye. Tapi kalau ada camera yang bagus akan memantapkan lagi hasilnye. Skill dengan camera tu jodoh. Hahaha...(mcm skrip movie Ayat2 Cinta le pulak).

Tips : Kalau nak beli SLR camera first sekali tengok budget dulu. Kalau mampu beli la yang bagus punye. Otherwise dapat yang basic punye pun jadi la untuk permulaan. Pastu ada orang kata cari camera biar yang sedap kite pegang. Egronomic sesuai dan selesa dng saiz tangan kite. Tapi setengah orang tak kisah pun benda nih janji gambar cantik biar la besar mcm kasut Mc D pun tak pe. Terpulang la. Pastu tengok kita nak amik gambar pe. Wedding? Sport? Wild Life? Landscape? etc. Sebabnye setiap camera ada characteristicnye tersendiri. Akhir sekali camera yang kita nak beli tu biar la ada kualitinye.

Aku bukan la orang yang layak nak bagi tips. Just my point of view.

Saturday, November 1, 2008

Nik & Ani's Solemnisation...

Event kat Parit Buntar. Majlis akad nikah Nik & Ani. Wife aku ikut jugak dalam keadaan tengah sarat. Dia la yang menjadi tulang belakang aku dalam bidang nih. Dah nak masuk 9 bulan pun tapi still aktif lagi. Depa nih bakal jiran nanti. Kami beli umah sebelah2 kat Seberang Jaya. Apartment je la yang mampu. Paham2 la kat Penang dah macam KL. Umah mahai giler. 100k++ apartment je la yang dapat. Landed sumenye 200k keatas. Tapi tak pe la. At least ada umah daripada tak da. Lagipun dah rezeki kat Penang kena la beli umah kat sini. Kalau ikutkan hati nak je beli umah kat kampung seniri. Umah pun murah.

Kat umah Ani pun gelap jugak. Ada siling tapi kayu gelap. Bagi aku memang challenging la amik gambar in low light condition. Memang tak boleh la nak buat bounce.

Tips: Syarat nak buat bounce mesti kena siling yang tak terlalu tinggi pastu cerah seelok2nya putih. Klu dinding tu berwarna nanti gambar kita akan ada cast ikut color dinding tu. Lagi satu kalau nak buat bounce seelok2nye biar la ada sedikit cahaya diffuse ke dpn. Tujuannye supaya cahaya lebih soft dan tak de la bayang kat bawah mata kalau amik gambar portrait.

Sekali lagi aku kena guna ISO tinggi atau buat side bounce kat dinding. Boleh jugak pakai bounce card ataupun flash diffuser sebagai alternative. Kat luar pun ada juai mcm2 aksessori untuk flash contohnye GaryFong, Lumiquest, etc. Ataupun boleh buat seniri guna foam paper. Mana yg bagus kena check review dalam internet. Tapi aku tak pernah guna pun. Aku nekad nak beli lens yang cepat skit f2.8 keatas bila ada rezeki lebih. Spend skit untuk customer.


2nd Assignment!

Dapat job kat Balik Pulau. Member sendiri bagi support. Thanks to Fazli & Adirah. Dulu housemate masa zaman bujang2. Satu tempat keje masa kat Ipoh. Dia nikah kat masjid Simpang Empat, Balik Pulau. Keje kat Penang dapat pun orang Penang. Satu lagi pengalaman baru yang aku dapat. Masjid tu gelap (low light condition). Nak buat bounce flash bumbung tinggi. Direct flash aku tak bape suka tapi bila keadaan macam nih terpaksa jugak la. Nak guna high ISO banyak sangat noise. Masa tu dah la guna slow lens f4. Memang pening kepala la. Tengok je la hasilnye kat bawah nih.

Gambar sebenarnye gelap skit. Guna photoshop untuk adjust brightness. Kat sini la software main peranan. Terdetik kat hati nak beli fast lens.


Camna Aku Leh Jadi Wedding Photographer?

Saje aku create blog nih untuk track aku punye performance in photography dalam masa yang sama nak kongsi pengalaman aku dalam bidang nih. Dialu2kan juga photographer lain untuk berkongsi ilmu kat sini. Dah setahun aku berkecimpung dalam bidang nih tapi masih banyak benda yang aku kena belajar. Dalam masa yang sama aku nih Wedding Photographer tapi sampai sekarang masih tak puas hati dengan hasil kerja aku. Kalau boleh nak serve yang terbaik untuk customer. Dulu memang aku tak terlintas nak jadi Wedding Photographer nih. Beli DSLR pun saje suka2. Masa tu wife tengah pregnant (bape bulan tak ingat). Ingat bila dia bersalin nanti nak amik gambar baby banyak2. Wife la banyak bagi dorongan untuk buat part time Wedding Photographer. Tima kacih sayang!

Start dari hari tu aku nekad nak cuba benda baru nih. First assignment adik aku yang recommend. Wedding member dia kat Senawang, N9. Seronok jugak mula2 dapat job. Bila dah dekat harinye dah mula risau takut tak leh perform. Bayangkan la dari Penang nak pergi N9 boleh tahan gak la jauhnye. Charge pun murah giler. Kalau ikutkan memang tak berbaloi. Badan pun penat. Tapi ok la untuk permulaan. Nak timba ilmu pengetahuan & pengalaman. Wife aku yang tolong hantar ke bus station Sungai Nibong. Sedih jugak tinggaikan wife yang tengah pregnant sorang2. Nasib baik dia keje mlm. Tak terasa sangat. Aku pun memang nak cepat2 balik umah. Tak mau tinggai dia lama2.

Memang berdebar2 jugak maklum la 1st assignment. Muka memang kena tebai la kalau nak jadi Wedding Photographer sebab semue orang dok tengok kita. Tapi lama2 dah boleh absorb segan tu sebab depa pun buat2 tak nampak je. Aku guna Canon 400D masa tu. Beli camera ikut kemampuan. Aku pun bukan pro nak guna camera mahai2. Memang minat kat Canon walaupun banyak orang komen Nikon lagi bagus tapi yang sebetulnye masing2 ada kekuatan tersendiri. Hasil daripada 1st assigment boleh tahan. Aku pun puas hati la walaupun sebenarnye tak bape puas. Hopefully dengan adanye blog nih sedikit sebnyk boleh track aku punye performance seterusnye aku blh improvize. Aku teringin jugak nak amik professional photography course tapi tak de masa yang sesuai lagi. InsyaAllah satu hari nti. Dah lama plan nak buat blog nih cuma tak de masa je. Aku open komen2 yang membina. Sama2 leh perbaiki diri.

Pendapat aku bila pengantin sporting memang memudahkn keje photographer. Tapi wedding photographer kene guna kreativiti jugak disamping PR yang baik. Bila relationship bagus kita nak berinteraksi pun senang. Tak leh la nak harapkan pengantin semata2 sebab kita dibayar. Nak jadi kreatif tu yang payah. Beginilah hasilnye bermodalkan Canon 400D standard kit permulaan kerjaya sebagai Wedding Photographer. Tahniah jugak kat Irda & Zahrin dan tima kasih sebab bagi peluang.

 

My Photography Journal © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness