Destinasi cuti2 Malaysia seterusnye ialah Hotspring Sungai Klah, Sungkai Perak. Best jugak la bercuti kat sini. Rasenye kolam air panas yang paling best setakat nih yang aku pernah pergi. Masuk kene bayar RM10 satu kepala. Budak2 aku lupa kene bayar ke tak. Tempat nih mmg bersih la. Pihak felda Sungai Klah yang uruskan. Siap ada polis felda lagi berkawal kat pintu masuk. Kalau daripada exit sungkai lebuhraya utara selatan, amik kiri dalam 1km akan jumpe simpang ke Hotspring Sungai Klah. Ada signboard pun. Pastu drive lagi 10km sampai la.
Makanan memang tak boleh bawak masuk dalam. Atas kertas la. Kalau nak bawak jugak pandai2 la sorok. Makanan memang ada juai kat sini tapi harga lebih hangat daripada biasa tapi tak la keterlaluan sangat. Boleh la beli. Laksa ada, burger ada, char ko ada dan mcm2 la. Kami memang tak makan kat sini. Sebelum masuk dah makan siap2 kat umah. Masa nak balik makan kat pekan Tapah. Murah skit.
Sampai2 je kat pintu masuk, replika sotong kurita sambut kami betul2 kat tengah2 kolam. Kolam yang ada replika sotong nih airnye sejuk. Kolam air panas kat tempat lain. Kolamnye agak besar jugak la tapi jadi pack pulak masa aku datang pasai dah ramai sangat org. Memang la happening tapi jadi tak syok pulak nak mandi bila dh ramai2 macam nih.
Seronoknye Darwisy & anak2 buah yang lain main air. Tima kacih kat adik Aina bagi pinjam pelampung . Hehe... Kakak2 ipar, biras2 & adik2 ipar pun ikut sekali. Lama kami tak jalan2 satu family. Asyik sibuk keje je.
Kat sini memang disediakan tempat untuk merebus telur. Ada signboard panduan merebus. Nak 1/4 ke 1/2 ke atau betui2 masak ke ada la panduan masa diberikan. Pape pun view kat sini memang best. Well arranged, hijau dan tenang. Sesuai la kalau nak lari dari hiruk pikuk bandar.
Sunday, December 28, 2008
Saturday, December 27, 2008
Genting Highland...
Company aku shutdown 10 hari economy downturn punye pasai. Kebetulan wife aku nak sangat bawak family dia pergi jalan2. Nih la masa yang terbaik. Company wife aku pun shutdown jugak. Adik dia yang sorang tu memang tak pernah pergi Genting. So pergi la kami 2 kete. Kami drive sampai atas. Tak naik cable car pun. Aku dah biasa pergi sana. Sampai2 je terus pergi outdoor theme park pasai pukul 2 baru boleh check in. Ada org tak check out lagi. Biasa la time peak mcm nih maklum lah 2 hari sebelum krismas. Tak banyak beza la Genting dari sebelum2 nih. Ada la tambah 2-3 mainan indoor & outdoor. Satu je yang membosankan aku kalau pergi time peak macam nih pasai lama menunggu kalau nak main satu2 benda. Leceh la jgk. Agak membuang masa. Tapi yang syoknye happening la bila dah ramai2. Kalau tak main rugi pulak. Tiket dah la mahai. Anak2 Uncle Lim jugak yang untung.
Lepas pergi outdoor theme park kami check in dalam pukul 2 petang. Layan First World Hotel je sebab murah. Ala...asal boleh tido. Ramai giler orang masa nak check in. Bosan lagi menunggu. Kelebihan First World Hotel pasai dekat dengan indoor theme park pastu banyak kedai mkn. Senang skit tak payah jalan jauh sangat. Aku pernah jugak lepak kat Theme Park Hotel dulu. Outdoor theme park pulak dekat tapi nak cari makan agak jauh skit. Bagi sesape yang tak kisah ok la tapi bila dah ada warga emas kena la consider benda2 nih.
Darwisy la yang paling seronok sekali. Papa dengan ibu asyik bawak jalan je. Sesape yang jumpe Darwisy semue nak main pipi dia je pasai tembam. Darwisy tak banyak meragam. Seronok kut opah & atuk dok melayan. Bawak naik gajah la, matahari yang pusing2 tu la dan macam2 lagi la.
Kalau nak makan kat Genting memang layan fast food je la jawabnye. Tu je yang ada. Tapi kalau ada bawak makanan sendiri lagi baguih la. Sep skit. Fast food pulak lebih mahal daripada biasa pasai barang naik bukit. Kami banyak abih duit pun tang mkn je. Bagi sesape yang tak pernah pergi Genting tu boleh la try. Best terutamanye kalau bawak anak2 bercuti. Depa mesti suka.

Saturday, December 20, 2008
Aziim & Maz's Wedding...
Hari nak ujan. Memang dah gelap sangat dah. Sebenarnye aku memang tunggu sangat2 ujan turun. Tak pernah buat outdoor masa ujan. Sure best punye effect dia. Risau pun ada gak pasai camera tak de rain shield. Nanti tak pasai2 je. Tunggu punye tunggu, ujan tak timbul2. Ada hikmahnye tu. Pape pun congrate ye Aziim & Maz. Semoga berkekalan hendaknye. Kebun jagung pun jadik. Hehe...
Venue : Chepor, Perak.
Venue : Chepor, Perak.
Labels:
Outdoor,
Perkahwinan,
Reception,
Wedding
Tima Kasih 400D...
Setelah lebih setahun aku menggunakanmu,
Tak pernah sekali pun kau menyusahkanku,
Warranty card pun masih baru,
Ada jugak la merajuk sesekali dulu,
Tapi tak la sampai nak meninggalkanku,
Kau banyak berbakti padaku,
Jauh kau berjalan dari utara sampai selatan tak jemu2,
Macam2 benda baru aku pelajari darimu,
Dari zero sampai macam2 dah tahu,
Ingin aku mencari penggantimu,
Bukan aku tak mengenang budi,
Aku ingin cuba sesuatu yg baru,
Tak mahu ketinggalan dek arus teknologi,
Agar terus maju,
Memenuhi hasrat hati,
Memberi yang terbaik buat pelangganku.
p/s : Aku rase dah tiba masanye untuk aku tukar body camera yang lain. Aku pun dah amik serius dalam bidang Wedding Photography nih. Dulu boleh la, beli camera sebab minat dan suka2 tapi bila dah melibatkan bagi service kat orang, kita kena la upgrade dari semasa ke semasa dari segi skill & equipment sebab orang dok bayar kat kita. Pape pun skill yg paling penting. Aku sendiri pun tak habih explore lagi camera. Secara jujurnye ada camera function yang aku masih lagi tak tahu nak guna. Nak kene pergi berguru. Hehe...

Eina & Khalili's Wedding...
Selamat Pengantin Baru! Sekali lagi nak ucap kat korang berdua. Banyak benda sebenarnye aku belajar masa wedding nih. Kengkadang tu orang2 yang kita tak kenal pun memberi sumbangan secara tak langsung.
Venue : Batu Gajah, Kuala Kangsar.
Venue : Batu Gajah, Kuala Kangsar.
Labels:
Outdoor,
Perkahwinan,
Reception,
Solemnization,
Wedding
Tuesday, December 16, 2008
Dah Ada 2 Batang Gigi Kat Bawah...
Usia Darwisy dah nak masuk 7 bulan. Dah ada 2 batang gigi kat bawah. Dia pun dah pandai menyusur. Laju je sekarang nih. Tak boleh terlepas pandang. Masa Raya Haji haritu family aku datang dari Ipoh. Saje depa nak beraya kat sini. Tak kemana pun kami. Bawak makan kat Manhanttan Fish Market, Queensbay Mall. Ok gak la. Adik aku la punye suggestion. First time makan kat sini. Bawak pergi feringgi ingat nak layan jet ski, depa pulak terbungkang tido dalam kete. Mahai jugak la. 15 minit RM70. Minyak dah turun pun mahai jugak. Pastu pergi umah sedara kat Balik Pulau ikut Teluk Bahang. Aduh...pening kepala jalan dia. Lebih baik ikut Paya Terubong. Jalan pun ok skit.
Darwisy sekarang nih bila tido nak kena bagi tangan baru boleh lena. Tabiat baru. Syok kut peluk tangan kita. Tak kisah la asalkan dia sihat. Sekarang nih ape benda dia nampak semue nak capai pastu masuk mulut. Tengok je la bawah nih.

Monday, December 15, 2008
Sunday, December 7, 2008
Salam Aidiladha...
Buat yang beragama islam yang terjenguk blog nih saya nak ucap selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga kita lebih bersyukur atas limpah nikmatNYA. Bagi yang berkemampuan tu boleh la buat ibadah qurban.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :
Maksudnya : "Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Haj ayat 37 :
Maksudnya : "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".
Sabda Rasulullah S.A.W. :
Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

Umum
Tuesday, December 2, 2008
Cameron Oh Cameron...
Syoknyee pergi Cameron. Dah lama tak pergi sana. Teringat balik kenangan masa bercinta dulu. Rasenye 5-6 tahun yang lepas. Kami pergi sana 2 hari satu malam je. Tak puas rasenye. Banyak lagi tempat yang kami tak sempat nak jenguk sebab masa terlalu suntuk. Ada orang kata kalau pergi Cameron, jalan satu dua tempat pastu tak tahu nak pergi mana dah tapi bagi aku 2 hari pun tak cukup. Nak pergi sana kalau dari utara boleh ikut Simpang Pulai tapi kalau dari selatan boleh ikut Tapah. Kami ikut Simpang Pulai sebab mai dari Penang. Perjalanan dari Simpang Pulai ke Cameron amik masa lebih kurang sejam je.
Aku bertolak pagi. Cuaca pun baik. Sepanjang perjalanan ada jugak terjumpe kesan2 tanah runtuh tapi telah dibersihkan. Risau jugak musim2 ujan nih. Sebelum check in hotel kami singgah kat kilang teh Boh Sungai Palas dulu. First stop. Cantek la view kat sini. Depa buat macam cafe untuk lepak2 smbil layan teh yang ntah macam2 jenis. Ada perisa strawberry la, anggur la dan macam2 lagi. Kek & sandwish tuna pun ada pastu ada la makanan2 simple yang lain. Aku pernah datang sini dulu dan banyak jugak la perubahannye. Kilang tehnye nampak lebih cantek dan bersih. Pastu ada la depa buat renovation skit2. Kat sini memang tenang dan damai. Hilang segala tension masa keje. Hijaaaauuuu je.
Bulan 9-11 memang syok kalau pergi Cameron sebab musim sejuk. Kalau siang suhu lebih kurang 21 degree celcius dan kalau malam suhu boleh drop sampai 15 degree celcius. Terendah dari bulan2 yg lain. Mulut pun berasap2 waktu pagi & malam. Kalau bulan March April musim paling panas. Tapi kalau pergi Cameron ujung2 tahun nih kene jaga2 la skit sebab kerap ujan. Tahu je la jalan Cameron camna.
Aku menginap kat Century Pine Resort, Tanah Rata. Hotel nih best gak. Tap mahai skit la sebab 4 bintang. Aku saje pilih hotel nih sebab dekat town tapi tenang je. Satu je yg tak best nk surf internet kene bayar lagi RM40 untuk satu hari. Itu pun nak charge ke? Lagi satu nak diingatkan kepada sesape yang ada plan nak menginap kat sini, bayaran dibuat masa check out kalau guna credit card. Masa check in depa mintak credit card untuk verification je sebab aku book online. Kalau tak nanti jadi macam aku dah sampai Brinchang baru depa nak tipon kata aku tak bayar lagi. Nasib baik tak sampai Ipoh lagi. Salah depa jugak masa aku check out depa senyap je. Kebanyakkan hotel yang aku pernah pergi sebelum nih semue charge masa check in. Senang skit masa check out drop key terus chaww.
Tak sah kalau pergi Cameron tak beli pape. Setahu aku kebiasaannye kalau pergi sana orang akan cari bunga, teh, madu asli, strawberry, jagung, sayur2an & souvenier. Tak tahu la pulak kalau2 ada orang cr perabut kat sana. Hehe... Nak cari benda2 nih senang je. Kat tepi jln bersepah kedai2 yang juai. Harga ok la. X de la mahai sangat. Satu benda la nak bagitau kat sini sebenarnye nak beli teh Cameron baik beli kat pasaraya je sebabnye beli kat Cameron lagi mahai. Dan lagi satu jagung kt Cameron kalau musim ujan kurang manis.
Selain daripada kilang teh kat Sungai Palas, ada jugak tempat lain yang menarik macam Taman Agro, Butterfly Farm, Kaktus Farm, Strawberry Park, Brinchang Peak, Rose Centre dan banyak lagi la. Malam pulak boleh layan pasar malam kat Brinchang. Kelainannye pasar malam nih hari2 pun ada. Brinchang Peak aku pernah pergi dulu tapi jalannye agak mencabar. Sempit satu hal dan agak sunyi. Setelah meredah halangan berbaloi jugak la bila dah sampai atas. Dulu ada watch tower sekarang nih tak tau la. Kabus tebal tak ingat punye. Syookkk!
Pagi2 aku bangun dah pada hari sebelum nak balik. Saje nak layan sunrise kt Cameron. Nampak la skit2 walaupun tak berape clear. Banyak awan hitam je. Aku pun tak pasti awan nk ujan ke hape. Time nih memang sejuk giler la. Menyesal tak bawak sweater. Mungkin kalau ada wide angle lens lagi best.
Bagi aku nak amik gambar close up lebih mudah berbanding kalau nak amik gambar yg lebih wide. Kalau ada camera yg bagus, lens yg bagus, pastu shoot. Lawa je gambo. Tapi tu secara umumnye la. Tapi bila amik gambar yang lebih wide, banyak factor kena amik kira mcm komposisi dan sebagainye. Aku pun tengah blajo nih. Tak khatam lagi.
Memang betui pun sangkaan aku on da way masa nak turun ujan lebat giler pastu kabus tebal. 50 meter je jarak penglihatan. Harap2nye gambar2 kat sini sedikit sebanyak bagi gambaran kepada sesape yang nak pergi sana. Layan.

Sunday, November 23, 2008
Kenape Bulan November Best?
Sebabnye bulan November cuti sekolah ke? Tak. Sebabnye bulan nih banyak tarikh2 penting dalam hidup aku. Bulan nih la aku dilahirkan begitu jugak dengan wife dan mak aku. Baru2 nih wife blanje sempena besday aku. Kami ronda2 dekat sini je sebab kami dah plan nak pergi Cameron celebrate kat sana. Besday aku dengan wife beza 3 hari je. Kalau tak de pape aral mungkin 27hb nih pergi sana.
Aku memang tak sabar nak tunggu tarikh tu sebab dah lama kami tak pergi vacation. Aku upload skit gambar2 kami ronda2 kat area Queensbay Mall. Kat sini kalau lepak petang2 memang best tambah lagi kalau angin kuat. Pernah jugak kami buat BBQ kat sini dulu waktu malam.

Thursday, November 20, 2008
Petang De Penang Court...
Tak tau pulak kat Jelutong ada tempat lepak2 macam kat padang kota. Itu pun ada akak satu tempat keje bagitau. Giler la 3 tahun dok sini baru tau tempat nih wujud. Pape pun view kat sini boleh tahan. Aku rase ramai jugak yang tak tau tempat nih. Atau aku sorang je yang tak tau. Hehe... Dulu memang tak de aku rase. Tempat nih ada pun sejak naik je perumahan kat area sini. Mungkin developer yang buat untuk penduduk taman kat situ. Kalau dapat beli umah kat area sini memang best la. Tapi mampu ke? Huhu... 500K keatas at least.
Masa aku pergi aritu agak ramai jugak la yang datang. Tapi banyak jugak pekerja asing. Muka macam Vietnam pun ada macam Siam pun ada. Sebenarnye tujuan aku datang sini saje bawak family jalan2. Jemu dah asyik pergi tempat yang sama je. Tu yang datang sini. Ape yang menariknye kat sini dia punya view mmg best terutamanye kalau waktu mlm dan awal pagi.. Mengadap jambatan Penang pastu banyak kapal2 parking kat sini. Ada jugak yang datang cari rezeki kat sini berniaga. Juai kebab la, jagung bakar la dan macam2 la.
Darwisy la yang paling syok sekali. Lama papa & ibu dia tak bawak jalan2. Kalau dia dah pandai jalan tak larat nak kejo la jawabnye. Kami pergi kejap je sebab dah lewat petang. Ada la skit gambar2 masa kat sana. Mana le tau kut2 ada sesape yang nak pergi.

Saturday, November 15, 2008
Canon Eos 5D Mark II...
Canon dah officially announced next product baru diorang. Canon Eos 5D Mark II dijangka akan berada di pasaran end of November 2008 mungkin nak compete dengan Nikon D700. Sebelum nih 50D baru saje keluar menggantikan 40D. Rasenye ramai peminat Canon ternanti2 kemunculan new 5D termasuk la aku yang memang ada plan nak pakai full frame body. Last 5D keluar tahun 2005 iaitu 3 tahun lepas. 5D punye performance in landscape photography memang tak dapat nak dinafikan lagi kehebatannye. Spesifikasi untuk 5D Mark II dah tersebar luas dalam internet.
Banyak jugak improvement dan new features. Yang paling best ada HD video recording. Dah tengok sample video dalam internet. Memang A+. Photographer dah boleh jadi videographer.
Improvement :
- 21Mpx.
- Digic 4 image processor.
- ISO range 50 - 25600.
- View finder 98% frame coverage.
- LCD 920,000 pixels with anti reflection.
- Drive mode continuous 3.9 fps.
- Support UDMA card.
- etc.
New Features :
- Eos integrated cleaning system.
- AF micro adjustment.
- Highlight tone priority.
- Auto lighting optimizer (4 settings).
- Long exposure noise reduction.
- High ISO noise reduction (4 settings).
- Auto correction of lens peripheral illumination (vignetting).
- LCD live view.
- HD video recording.
- Creative auto shooting mode.
- HDMI/Infra red connectivity.
- etc.
Mungkin ada banyak lagi improvement dan features baru yang tak dinyatakan di sini. Nih hanya sebahagian yang agak ketara perubahannye. Harap2nye 5D Mark II akan mengekalkan tradisi seperti 5D sebelum nih sekali gus improve lagi performance.
Adakah next body aku Canon Eos 5D Mark II? :)
REVIEW
______________________________________________________
Read - PhotographyBLOG (5 out of 5)
Read - PopPhoto ("lives up to the hype")
Read - ArtByPhil ("an amazing deal")
Read - Digital Journalist ("a superb still camera, reasonable price")
Read - CameraLabs ("Canon's most powerful DSLRs to date")
Read - CameraTown ("a revolutionary camera")

Majidah & Ezhar's Wedding...
Waktu nih aku dah pakai lens baru F2.8. Best jugak la sebab impian dah tercapai. Tapi lens tu kalau guna kat full frame camera lagi masyuk. Aku beli pun memang ada plan untuk tukar full frame body nanti. Tengah himpun modai. Ape yg best wedding nih sebab ramai sedara mara yang datang membantu termasuk la family aku. Seronok bila dapat berkumpul ramai2 camnih. Ada jugak la sedara yang tak dapat datang mungkin ada hal. Family sebelah mak aku kebanyakkannye orang Perak. Semue dok dekat2 je.
Pada aku senang amik gambar bila tengah hari sebab boleh set low ISO high shutter speed. So kalau nak buat stop motion memang tak da masalah. Tapi satu benda nak kena jaga iaitu 'backlight'. Selalu jadi bila belakangkan cahaya. Backlight kengkadang boleh cacatkan gambar tapi ada kalanye leh bagi effect yg menarik bergantung pada skill photographer.
Tips : Cara nak mengatasi backlight boleh la guna fill flash ataupun boleh guna reflector. Tapi masa wedding payah la pulak nak bawak reflector tambah pulak kalau kita bekerja sorang2. Kalau keadaan tak boleh dielakkan cuba la cari angle2 yang sesuai sebelum shoot.
Nih yang biasa aku buat. Klu ada kaedah lain yang lebih efektif boleh dikongsi bersama amat dialu2kan. Anyway, thanks to Majidah & Ezhar and congrate!

Monday, November 10, 2008
Lagi 10 Hari Nak Masuk 6 Bulan...
Sekejap je masa berlalu. Darwisy dah semakin membesar. Seronok tengok proses pembesaran dia. Dulu baring je. Minum susu pastu tido. Bila lapo atau kembung perut nangis. Sekarang nih dah boleh meniarap. Mula2 masa belajar meniarap dulu leh pusing satu side je. Sekarang nih dua2 side pun dah boleh. Dah pandai sembang dan gelak sampai satu rumah pun dengar.
Kalau dulu malam memang time jaga dia la. Masa tu la nak ajak sembang dan main. Tension jugak kengkadang sebab esoknye keje. Dah lumrah macam tu kena la terima. Tapi bila dia senyum kat kita sejuk skit hati. Tapi sekarang nih dah senang skit sebab time tido dia dah sama dengan kite. Darwisy dah pandai pegang botol sendiri. Bila nampak je kita bawak botoi susu dia dah siap hulur tangan. Dia sendiri yang masukkan puting dalam mulut dia.
Satu benda yang kena jaga bila usia mcm nih dia dah pandai capai benda pastu nak masuk mulut. Benda2 kecik dan bahaya kena letak tempat tinggi skit. Takut dia tertelan pulak. Semue orang pun akan melalui benda yg sama kan.
Tak sabar nak tunggu dia panggil papa & ibu!

Saturday, November 8, 2008
Herman & Mahazril's Wedding...
Kali nih kat Permatang Pasir, Balik Pulau. Dua pasangan sekali satu event. Tapi pasangan yang lagi satu aku tak tunjukkan kat sini. Wedding diorang nih meriah gak la maklum la 2 pasangan. Budget untuk kenduri boleh share pastu leh la buat grand skit. Aku siap tersesat jalan lagi nak pergi sana. Semoga berbahgia ye Herman & Mahazril.
Labels:
Perkahwinan,
Reception,
Wedding
Subscribe to:
Posts (Atom)