Sunday, December 7, 2008

Salam Aidiladha...

Buat yang beragama islam yang terjenguk blog nih saya nak ucap selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga kita lebih bersyukur atas limpah nikmatNYA. Bagi yang berkemampuan tu boleh la buat ibadah qurban.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya : "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

Sabda Rasulullah S.A.W. :

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

0 comments:

 

My Photography Journal © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness