Sunday, December 28, 2008

Hotspring Sg. Klah...

Destinasi cuti2 Malaysia seterusnye ialah Hotspring Sungai Klah, Sungkai Perak. Best jugak la bercuti kat sini. Rasenye kolam air panas yang paling best setakat nih yang aku pernah pergi. Masuk kene bayar RM10 satu kepala. Budak2 aku lupa kene bayar ke tak. Tempat nih mmg bersih la. Pihak felda Sungai Klah yang uruskan. Siap ada polis felda lagi berkawal kat pintu masuk. Kalau daripada exit sungkai lebuhraya utara selatan, amik kiri dalam 1km akan jumpe simpang ke Hotspring Sungai Klah. Ada signboard pun. Pastu drive lagi 10km sampai la.

Makanan memang tak boleh bawak masuk dalam. Atas kertas la. Kalau nak bawak jugak pandai2 la sorok. Makanan memang ada juai kat sini tapi harga lebih hangat daripada biasa tapi tak la keterlaluan sangat. Boleh la beli. Laksa ada, burger ada, char ko ada dan mcm2 la. Kami memang tak makan kat sini. Sebelum masuk dah makan siap2 kat umah. Masa nak balik makan kat pekan Tapah. Murah skit.

Sampai2 je kat pintu masuk, replika sotong kurita sambut kami betul2 kat tengah2 kolam. Kolam yang ada replika sotong nih airnye sejuk. Kolam air panas kat tempat lain. Kolamnye agak besar jugak la tapi jadi pack pulak masa aku datang pasai dah ramai sangat org. Memang la happening tapi jadi tak syok pulak nak mandi bila dh ramai2 macam nih.





















Seronoknye Darwisy & anak2 buah yang lain main air. Tima kacih kat adik Aina bagi pinjam pelampung . Hehe... Kakak2 ipar, biras2 & adik2 ipar pun ikut sekali. Lama kami tak jalan2 satu family. Asyik sibuk keje je.

























































Kat sini memang disediakan tempat untuk merebus telur. Ada signboard panduan merebus. Nak 1/4 ke 1/2 ke atau betui2 masak ke ada la panduan masa diberikan. Pape pun view kat sini memang best. Well arranged, hijau dan tenang. Sesuai la kalau nak lari dari hiruk pikuk bandar.

0 comments:

 

My Photography Journal © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness