Tuesday, March 3, 2009

Setahun Sudah Berlalu...

Cepat je masa berlalu. Sedar tak sedar tahun 2008 dah meninggalkan aku dengan penuh kenangan. Ada yang pahit ada yang manis. Tahun 2008 telah menjadi episod bermulanye minat, aktiviti, hobi dan secara tak langsung kerjaya sebagai seorang photographer atau lebih khususnye 'WEDDING PHOTOGRAPHER'.

Kenapa Photographer?

Asalnye sebab minat. Kalau tak minat memang tak jadi. Minat aku datang setahun yang lalu. Baru setahun jagung kata orang. Ditambah pula dorongan daripada orang yang rapat dengan aku terutamanya isteri yang dikasihi. Dulu aku pernah cerita kenapa aku beli DSLR? Secara ringkasnye aku nak bagitau kat sini aku beli bukan la sebab aku nak jadi wedding photographer tapi tak lain tak bukan nak amik gambar anak yang bakal dilahirkan pada waktu tu. Aku beli camera betul2 hari lahir wife aku.

Kenapa DSLR? Kenapa tak beli compact camera je?

Alang2 menyeluk pekasam. Dengar orang cerita DSLR lagi best. Masa tu sepatah haram pun tak tau amende DSLR. Aku pun survey2 la dalam internet. Cari maklumat sebanyak mungkin. Maklum la nak keluar modai besar. Oleh kerana minat dengan brand Canon, aku pun amik keputusan beli Canon EOS 400D sebab dalam range budget aku. Kalau kat Europe panggil Rebel Xti. Ok la untuk permulaan.

Aku banyak belajar sendiri. Internet la cikgu aku. Banyak sangat berjasa. Aku dah makin seronok bila dah mula mahir dengan function2 camera. Banyak benda yang aku boleh buat rupenye dengan camera nih. Sehingga la pada satu hari wife aku bertanyakan pada aku, nape tak tangkap gambo kawin? Di sini la segala2nye bermula...

Ape yang aku tau sekarang nih tentang ilmu photography hanya 10 per 100 je. Banyak lagi yang aku tak tau. Aku pernah register untuk menghadiri professional course in photography. Mahal jugak. Tapi tak pe aku sanggup. Kalau itu boleh memantapkan lagi skill dan ilmu tapi malangnye full la pulak. Depa kata nak masukkan aku next batch tapi sampai sekarang tak da apa berita. Mungkin ada la hikmahnye.

Aku nak ucap terima kasih pada wife aku, family aku dan kengkawan yang supportive dan jugak secara tak langsung kepada pembaca blog nih (kalau ada la yang baca). Komen2 anda amat saya hargai.

rgds
Adi Russman SR

2 comments:

Anonymous said...

Bgs la kalau ko pegi professional course tu..mesti mantap nye la...

adirussman said...

insyaAllah...masin la mulut hang...hehehe :)

 

My Photography Journal © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness