Sunday, May 31, 2009

Aniza & Fizul's Wedding...

Venue : Simpang Pulai, Perak.

Dah sampai umah pengantin boleh terlupa nak bawak bateri AA yang charge semalam. Tapi tak jadi masalah bende tu. Kedai dekat je. Hehehe... Serius aku suka pelamin pengantin nih. Lain daripada yang lain. Sebenarnye ada 2 pasangan pada kenduri yang sama iaitu Aniza & abangnye. Abang dia pun ada amik photographer sendiri so tak nak la aku kacau kerja2 orang lain. Again, thanks to Hakim as a backup photographer. Also thanks to very2 cooperative pengantin. Rase macam nak shoot outdoor lagi je. Semoga kenuri sebelah lelaki nanti akan berjalan dengan jayanye. Happy honeymoon!


Monday, May 25, 2009

Cuti2 Malaysia...

Venue : Melaka, Johor.

Sambil menyelam minum air. Aku pergi Johor dan Melaka bukan la semata2 nak bercuti tapi ada urusan skit kat Johor jadi sempat jugak la aku berjalan2 walaupun kesuntukan masa. Masa balik pulak sempat singgah Melaka. Bermalam kat Malacca Straits Hotel. Best jugak hotel nih. Tak mahal sangat, MYR158 inclusive breakfast tuk 2 orang. Tu price tuk weekday arr. Kalau weekend mungkin lebih lagi. Yang bestnye hotel nih sebab dekat town so nak kemana2 senang. Tambahan pulak ada free WIFI.

Main attraction yang ada kat Melaka sekarang nih ialah Eye On Malaysia dan Taming Sari Tower. Dua2 pun tiket MYR10 tapi kene tunjuk mykad. Melaka sekarang dah banyak beza dari Melaka yang aku pernah pergi dulu. Aku rasa ciri2 klasik dia dah takda la. Mungkin sebab banyak bangunan yang telah diubahsuai dan dicat baru menampakkan ciri2 moden.

Kalau pergi Johor tak sah kalau tak singgah Danga Bay. Memang happening la kat sini. Aku sempat pergi kejap je itu pun malam. Mungkin banyak lagi tempat2 best kat Johor nih tapi aku je yang tak tau. Negara aku sendiri pun banyak lagi tempat2 yang aku tak pernah pergi dan tak pernah tau camna nak tengok tempat orang nih. Hehehe...

Akhir sekali ucapan terima kasih kat member aku Fazlie sebab banyak tolong kami masa kat Johor aritu. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi kat Johor tahun depan.


Saturday, May 23, 2009

Happy 1st Birthday Darwisy!

Venue : Marrybrown, Ampang.

Thanks kepada sume yang hadir memeriahkan majlis yang tak seberapa nih. Darwisy tak bape ceria mungkin sebab papa & ibu nak tinggaikan dia seminggu. Aku dengan wife kene pergi Skudai untuk beberapa hari jadi terpaksa la tinggaikan Darwisy kat kampung. Tak boleh bawak dia sekali sebab kami mungkin sibuk nanti takda sapa nak jaga dia.

Tima kasih kepada Mummy Long sebab sponsor kek yang comei kat bawah nih. Yang mana bawak hadiah tuk Darwisy tu tima kasih bebanyak aku ucapkan bagi pihak Darwisy. Kalau ada masa nanti aku upload lagi gambo.


Wednesday, May 13, 2009

Budak Kecik Dah Boleh Jalan...

Venue : Sungai Dua, Penang.

21 Mei 2009 nih genap la usia Darwisy setahun. Perkembangan dia amat memberangsangkan. Sekarang nih kalau nak dukung dia, tak boleh lama2. Paham2 je la. Itu tandanya dia semakin membesar, sihat dan kuat. Dah ada 7 batang gigi tau. Ada orang kata cepat. Tak tau la. Dah pandai jugak merajuk kengkadang.

Dah ada tabiat baru pulak. Bila nak tido mesti cari tangan untuk dicubit2. Merah jugak la tangan dibuatnye. Dah beso la katakan cubitnye pun semakin kuat. Tahan je la. Dia dah boleh panggil Papa dan Mama. Tapi wife aku tak nak dipanggil Mama. Nak dipanggil Ibu. Yang tu mungkin lambat la skit sebab susah kut dia nak sebut buat masa nih.

Bila wife aku nak kuar rumah tak boleh dia nampak. Kena sorok2 tak pun bawak masuk bilik. Kalau tak nanti mengamuk tengok Ibu dia takde. Bende yang paling ketara sekali dalam pada umur dia nak mencecah setahun nih dia dah boleh berjalan tapi masih lagi jatuh2. Belum betul2 steady lagi. Detik yang paling best sekali bila saat dia mula2 nak berjalan. Dia punye la sronok tak tau nak cakap. Asyik nak gelak je. Aku bersyukur sangat sebab Darwisy sihat dan harap2nye biarlah berterusan.

Aku dengan wife ada la plan nak buat birthday party tuk Darwisy dan mungkin akan dibuat lebih awai dari tarikh yang sepatutnye atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. InsyaAllah kalau jadi buat ada la gambonye nanti kat sini :)

Saturday, May 9, 2009

You're Always Be My Defender...

Nak amik kesempatan nih untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" terutamanya kepada Puan Hajjah Mariam Tahir Abu Halim. Beliau menjadi orang yang sangat penting dalam hidup aku sampai bila2. Dialah yang menyuapkan makan aku, mandikan aku, menyiapkan aku untuk ke sekolah, pendek kata menguruskan aku dalam segala hal suatu masa dulu. Pernah waktu kecik dulu aku mengalami sakit dada yang teruk sampai nak bernafas pun susah dan orang nih la yang bertungkus lumus mencari penawarnye. Memang susah la nak jaga aku dulu. Banyak lagi pengorbanan ibu aku yang kalau nak tulis kat sini sampai esok pun tak habis tapi aku tak lupa.

Dalam kesibukan kita mencari rezeki kengkadang kita terlupa orang yang berperanan penting secara langsung ataupun tak langsung dalam membina kejayaan kita. Yang paling aku tersentuh bila baru2 nih aku bermimpi menghembuskan nafas terakhir dalam dakapan ibu aku dan bende nih masih segar lagi dalam ingatan. Mungkin ada la hikmahnye.

Apabila kita dah mendirikan rumahtangga, baru lah kita sedar betapa susahnye ibu kita nak membesarkan kita bila tengok macam mana isteri kita menjaga anak. Tu baru anak sorang belum anak ramai lagi. Tak lupa jugak kepada isteri yang menjadi ibu kepada anak aku dan ibu mertuaku, "Selamat Hari Ibu" aku ucapkan. Semoga pengorbanan ibu kita akan memberikan kesedaran seterusnya menjadi bekalan untuk mendidik anak2 kita di masa hadapan.

Sekali lagi, "SELAMAT HARI IBU" untuk semua kaum2 ibu dan marilah kita sama2 mendoakan mereka diberikan kecekalan dan ketabahan dalam mendidik anak2 menjadi insan yang cemerlang. Terlalu besar martabat ibu diangkat oleh Allah S.W.T. sehinggakan syurga terletak dibawah telapak kaki mereka.

A short poem dedicate to my mom :)

Mama,

Thank you for being there when I needed you most,
Thank you for being my rock when I should have been yours,
Thank you for believing in me, even when I doubted myself,
Thank you for being the one person I could trust,
But most of all thank you for being my mom,
A mom I am so proud to claim.

rgds
Adi Russman SR

 

My Photography Journal © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness