Aku selalu akan berada dalam dilemma bila nak beli camera atau lens. Soalan2 yang biasa kita dengar :
Aku nak beli lens, mana bagus ek? Canon ke, Tamron ke, atau Sigma?
Range focal length yang mana best? dan macam2 lagi.
Tak tau la orang lain merasakan benda yang sama atau tak. Sebabnye ia melibatkan modal yang besar. Barang2 camera nih bukaknye seposen dua. Jadi ape yang aku selalu buat, baca review dalam internet la apa lagi. Aku akan cari sebanyak yang mungkin maklumat pasai benda yang aku nak beli pastu baru decide. Laman web yang selalu jadi rujukan aku ialah [http://www.the-digital-picture.com/]. Website nih banyak review barang2 Canon. Review dia detail siap ada sample picture sekali.
Kalau masih tak puas hati jugak dan nak cari maklumat lebih lagi boleh la join forum. Ada banyak forum berkenaan photography yang boleh dijadikan panduan. Kat Malaysia sendiri pun ada banyak forum berkenaan dengan photography yang dia buat oleh orang kita sendiri. Aku rase ramai otai2 yang berkeliaran dalam forum. Boleh la tanya kat diorang. Forum yang aku selalu refer [http://www.fredmiranda.com/]. Aku tak join la. Baca je. Kat situ siap ada rating lagi untuk satu2 barang tu. Membantu la jugak untuk buat keputusan.
Akhir sekali yang paling bagus pergi kedai pegang sendiri barang yang kita nak beli tu. Bukan pegang je. Try la amik gambo, belek2 function dia, user friendly ke, sedap ke kat tangan kita, berat ke, ringan ke, built quality bagus ke dan sebagainye if possible la sebab bukan semue kedai ada simpan stok lebih2 lagi kalau barang tu mahai. Kalau ada memang bernasib baik la. Dan yang paling penting survey2 la dulu harganye. Ada kedai murah dan ada yang mahai. Pastu gunakan la maklumat2 dan review2 yang kita dah baca tadi untuk membantu kita dalam membuat keputusan. Kita harus tau ape yang kita nak beli terutamanye bagi mereka yang baru nak berjinak2 dengan dunia SLR. Bagi yang dah lama berkecimpung memang tak de masalah.
Jadilah pengguna yang bijak. Just my point of view. Kalau ada tips2 lain kongsi2 la kat sini.
Thursday, February 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment