Sunday, November 23, 2008

Kenape Bulan November Best?

Sebabnye bulan November cuti sekolah ke? Tak. Sebabnye bulan nih banyak tarikh2 penting dalam hidup aku. Bulan nih la aku dilahirkan begitu jugak dengan wife dan mak aku. Baru2 nih wife blanje sempena besday aku. Kami ronda2 dekat sini je sebab kami dah plan nak pergi Cameron celebrate kat sana. Besday aku dengan wife beza 3 hari je. Kalau tak de pape aral mungkin 27hb nih pergi sana.

Aku memang tak sabar nak tunggu tarikh tu sebab dah lama kami tak pergi vacation. Aku upload skit gambar2 kami ronda2 kat area Queensbay Mall. Kat sini kalau lepak petang2 memang best tambah lagi kalau angin kuat. Pernah jugak kami buat BBQ kat sini dulu waktu malam.


Thursday, November 20, 2008

Petang De Penang Court...

Tak tau pulak kat Jelutong ada tempat lepak2 macam kat padang kota. Itu pun ada akak satu tempat keje bagitau. Giler la 3 tahun dok sini baru tau tempat nih wujud. Pape pun view kat sini boleh tahan. Aku rase ramai jugak yang tak tau tempat nih. Atau aku sorang je yang tak tau. Hehe... Dulu memang tak de aku rase. Tempat nih ada pun sejak naik je perumahan kat area sini. Mungkin developer yang buat untuk penduduk taman kat situ. Kalau dapat beli umah kat area sini memang best la. Tapi mampu ke? Huhu... 500K keatas at least.

Masa aku pergi aritu agak ramai jugak la yang datang. Tapi banyak jugak pekerja asing. Muka macam Vietnam pun ada macam Siam pun ada. Sebenarnye tujuan aku datang sini saje bawak family jalan2. Jemu dah asyik pergi tempat yang sama je. Tu yang datang sini. Ape yang menariknye kat sini dia punya view mmg best terutamanye kalau waktu mlm dan awal pagi.. Mengadap jambatan Penang pastu banyak kapal2 parking kat sini. Ada jugak yang datang cari rezeki kat sini berniaga. Juai kebab la, jagung bakar la dan macam2 la.

Darwisy la yang paling syok sekali. Lama papa & ibu dia tak bawak jalan2. Kalau dia dah pandai jalan tak larat nak kejo la jawabnye. Kami pergi kejap je sebab dah lewat petang. Ada la skit gambar2 masa kat sana. Mana le tau kut2 ada sesape yang nak pergi.

Saturday, November 15, 2008

Canon Eos 5D Mark II...

Canon dah officially announced next product baru diorang. Canon Eos 5D Mark II dijangka akan berada di pasaran end of November 2008 mungkin nak compete dengan Nikon D700. Sebelum nih 50D baru saje keluar menggantikan 40D. Rasenye ramai peminat Canon ternanti2 kemunculan new 5D termasuk la aku yang memang ada plan nak pakai full frame body. Last 5D keluar tahun 2005 iaitu 3 tahun lepas. 5D punye performance in landscape photography memang tak dapat nak dinafikan lagi kehebatannye. Spesifikasi untuk 5D Mark II dah tersebar luas dalam internet.

Banyak jugak improvement dan new features. Yang paling best ada HD video recording. Dah tengok sample video dalam internet. Memang A+. Photographer dah boleh jadi videographer.

Improvement :
- 21Mpx.
- Digic 4 image processor.
- ISO range 50 - 25600.
- View finder 98% frame coverage.
- LCD 920,000 pixels with anti reflection.
- Drive mode continuous 3.9 fps.
- Support UDMA card.
- etc.

New Features :
- Eos integrated cleaning system.
- AF micro adjustment.
- Highlight tone priority.
- Auto lighting optimizer (4 settings).
- Long exposure noise reduction.
- High ISO noise reduction (4 settings).
- Auto correction of lens peripheral illumination (vignetting).
- LCD live view.
- HD video recording.
- Creative auto shooting mode.
- HDMI/Infra red connectivity.
- etc.

Mungkin ada banyak lagi improvement dan features baru yang tak dinyatakan di sini. Nih hanya sebahagian yang agak ketara perubahannye. Harap2nye 5D Mark II akan mengekalkan tradisi seperti 5D sebelum nih sekali gus improve lagi performance.

Adakah next body aku Canon Eos 5D Mark II? :)

REVIEW
______________________________________________________

Read - PhotographyBLOG (5 out of 5)
Read - PopPhoto ("lives up to the hype")
Read - ArtByPhil ("an amazing deal")
Read - Digital Journalist ("a superb still camera, reasonable price")
Read - CameraLabs ("Canon's most powerful DSLRs to date")
Read - CameraTown ("a revolutionary camera")

Majidah & Ezhar's Wedding...

Waktu nih aku dah pakai lens baru F2.8. Best jugak la sebab impian dah tercapai. Tapi lens tu kalau guna kat full frame camera lagi masyuk. Aku beli pun memang ada plan untuk tukar full frame body nanti. Tengah himpun modai. Ape yg best wedding nih sebab ramai sedara mara yang datang membantu termasuk la family aku. Seronok bila dapat berkumpul ramai2 camnih. Ada jugak la sedara yang tak dapat datang mungkin ada hal. Family sebelah mak aku kebanyakkannye orang Perak. Semue dok dekat2 je.

Pada aku senang amik gambar bila tengah hari sebab boleh set low ISO high shutter speed. So kalau nak buat stop motion memang tak da masalah. Tapi satu benda nak kena jaga iaitu 'backlight'. Selalu jadi bila belakangkan cahaya. Backlight kengkadang boleh cacatkan gambar tapi ada kalanye leh bagi effect yg menarik bergantung pada skill photographer.

Tips : Cara nak mengatasi backlight boleh la guna fill flash ataupun boleh guna reflector. Tapi masa wedding payah la pulak nak bawak reflector tambah pulak kalau kita bekerja sorang2. Kalau keadaan tak boleh dielakkan cuba la cari angle2 yang sesuai sebelum shoot.

Nih yang biasa aku buat. Klu ada kaedah lain yang lebih efektif boleh dikongsi bersama amat dialu2kan. Anyway, thanks to Majidah & Ezhar and congrate!


Monday, November 10, 2008

Lagi 10 Hari Nak Masuk 6 Bulan...

Sekejap je masa berlalu. Darwisy dah semakin membesar. Seronok tengok proses pembesaran dia. Dulu baring je. Minum susu pastu tido. Bila lapo atau kembung perut nangis. Sekarang nih dah boleh meniarap. Mula2 masa belajar meniarap dulu leh pusing satu side je. Sekarang nih dua2 side pun dah boleh. Dah pandai sembang dan gelak sampai satu rumah pun dengar.

Kalau dulu malam memang time jaga dia la. Masa tu la nak ajak sembang dan main. Tension jugak kengkadang sebab esoknye keje. Dah lumrah macam tu kena la terima. Tapi bila dia senyum kat kita sejuk skit hati. Tapi sekarang nih dah senang skit sebab time tido dia dah sama dengan kite. Darwisy dah pandai pegang botol sendiri. Bila nampak je kita bawak botoi susu dia dah siap hulur tangan. Dia sendiri yang masukkan puting dalam mulut dia.

Satu benda yang kena jaga bila usia mcm nih dia dah pandai capai benda pastu nak masuk mulut. Benda2 kecik dan bahaya kena letak tempat tinggi skit. Takut dia tertelan pulak. Semue orang pun akan melalui benda yg sama kan.

Tak sabar nak tunggu dia panggil papa & ibu!

Saturday, November 8, 2008

Herman & Mahazril's Wedding...

Kali nih kat Permatang Pasir, Balik Pulau. Dua pasangan sekali satu event. Tapi pasangan yang lagi satu aku tak tunjukkan kat sini. Wedding diorang nih meriah gak la maklum la 2 pasangan. Budget untuk kenduri boleh share pastu leh la buat grand skit. Aku siap tersesat jalan lagi nak pergi sana. Semoga berbahgia ye Herman & Mahazril.

Thursday, November 6, 2008

Berendoi...

Lepas je wife abih pantang kami buat majlis berendoi, bercukur dan kenduri kesyukuran untuk putera sulong kami. Buat kat umah pak mentua. Tak ajak ramai pun. Org masjid, jiran2, sedara-mara dan jugak kengkawan. Cadangnye mula2 nak buat aqiqah tapi budget tak mengizinkan. Seronok gak bila dah jd bapak nih. Tapi ada yang teruk jugak contohnye macam kene berjaga malam tambah pulak kalau esoknye keje. Anak aku pulak jenis tak tidur malam. Orang kata tengah dalam pantang memang macam tu.

Baru la kita tau mcm mana pengorbanan ibu bapak kita masa lahirkan kita dulu. Insaf...Insaf... Setiap minggu aku balik Ipoh sebab mak mentua aku yang nak jaga. So, berulang alik la aku Penang dan Ipoh tiap2 minggu. 2 bulan jugak la. Tayar kete pun cepat je botak siap terkeluar dawai lagi. Nasib baik pakai kete kelisa. Sep minyak. Kami jemput jugak team marhaban Kampung Serdang Permai. Saje nak merase berdondang.

 

My Photography Journal © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness