Sunday, April 5, 2009

Qamarrul & Noor Azrin's Wedding...

Venue : Sitiawan, Perak.

First of all thanks to Lela Touch Creation for this job and also thanks to Hakim as a backup photographer. Satu benda yang membuatkan photographer happy bila customer berpuas hati dengan hasil kerjanye. Now, I'm very happy :)

For lovely couple, I wish you all the best and happy forever!

Whiteroom...

Aku cuba2 buat whiteroom. Amacam? Ada jadi ka? Hehehe...Ala, low budget punye whiteroom. Halfbody je lepas. Tak cukup besar. Bulan depan genap la setahun umur Darwisy. Dia tak pandai berjalan lagi tapi merangkak dan memanjat kalau diukur la jaraknye boleh sampai KL agaknye. Tak reti penat. Aku guna lens 50mm f1.8 je tuk portrait nih. Walaupun lens nih murah tapi performance dia lebih daripada harganye aku rase. Lens nih a MUST HAVE for canon user. Bokeh not bad. Gambo pun sharp.

Thursday, April 2, 2009

Ita & Fazlie's Reception...

Venue : Bercham, Ipoh.

Wedding nih telah lama aku nantikan sebab member rapat masa kat sekolah teknik dulu. Pastu masuk poli satu kelas batch DEM98. Practical training kat Banting, Selangor pun sekali. Cuma lepas masuk alam pekerjaan je masing2 bawak diri mencari rezeki. Akhirnye jumpe balik di majlis perkahwinan dan siapa sangka aku yang jadi tukang skodengnye. Hehehe... Kecik je dunia ni kan.

SELAMAT PENGANTIN BARU buat kedua2 memperlai. Kawin jugak akhirnye ye :)

Cepat2 la join kelab bapak2 sedunia. Aku doakan semoga bahgia selamanya. Gambar2 outdoor diambil kat Gunung Lang, Jalan Kuala. Masa kat sana aritu ada jugak photographer lain yg sedang buat outdoor portraiture. Maknanye memang tempat nih cantek dan sesuai sangat la dijadikan 'once in a life' background. Kawan2 lama yang turut hadir antaranya Taufiq (bila hang nak kawin, degree dah dapat), Ari & wife (teruskan usaha), Kerry & family (wei anak kita sebaya la), Pian (apasai tak bawak wife hang dan lagi satu hang makan ape ye?), Jamil & family (tahniah bakal menimang cahaya mata lagi), Juliana & husband kut (classmate masa sekolah menengah dulu, dia memang tak kenal aku dah maklum la aku dulu bukan la atlit wakil sekolah, ketua pengawas, gangster sekolah ataupun pemidato sekolah untuk dikenali) dan jugak AKU (tukang skodeng tak bertauliah, wife aku tak sempat datang sebab tolong kakak dia pindah rumah). Tak lupa jugak kengkawan lain yang mungkin aku tak perasan kehadiran korang. Seronok jumpe korang semua sebab dah bertahun2 tak jumpe.

Akhir kata all the best to all my frens!


Sunday, March 29, 2009

Bila Berjumpe Kengkawan Lama...

Salah satu cara yang paling senang bila nak jumpe kengkawan lama ialah bila kenduri kawin salah sorang daripada kengkawan lama kita. Masa tu la akan memberi kejutan kat kita sebab ada kengkawan yang datang dah kawin la, bawak anak 2-3 orang la, yang berpangkat besar la, ada yang dalam kelas dulu malas tapi sekarang orang tu paling berjaya la, dulu paling nakal sekali dalam sekolah tapi sekarang dah jadi antara orang yang terhebat la dan jugak yang paling menyedihkan kita dapat berita kengkawan yang telah meninggalkan kita buat selama2nya (Al-Fatihah). Ataupun mungkin pada diri kita sendiri yang dulu mungkin kita rasa kita cemerlang dalam kelas tapi sekarang nih kita yang paling teruk sekali di kalangan kengkawan kita. Mana tau! Semua yang terjadi mesti ada hikmahnye.

Benda2 nih memang kita tak sangka. Hanya Allah saja yang tahu. Pape pun memang seronok la bila jumpe balik kengkawan lama. Aku memang berharap sangat boleh kumpulkan balik kengkawan masa belajar dulu. Bagi aku zaman belajar memang zaman yang paling best sekali. Kengkawan zaman belajar dengan kengkawan zaman keje memang lain terutamanya susah senang duduk kat asrama dulu. Sama2 pergi prep, sama2 kene ragging, sama2 kene rotan, sama2 beratur panjang tunggu turn nak amik makanan, sama2 bersukan dan mcm2 lagi. Tapi malangnye masing2 dah bawak haluan masing2.

Selain daripada kaum keluarga, isteri dan anak2, kawan2 jugak adalah anugerah!

Sunday, March 22, 2009

Dah Beso Dah Putera Aku...

Anak aku dah masuk 10 bulan dah umurnye. Ngam2 semalam (kelmarin cakap utara). Aktif kemain. Tengok je la ibu dia pegang, tak mau duduk diam. Tapi normal la. Senyap je apekehey pulak.

Sebenarnye yang aku nak concentrate kat sini ialah pasai lighting. Salah satu elemen terpenting dalam photography terutamanye kalau nak amik gambar portrait. Perkataan photography tu sendiri pun datangnye dari bahasa Greek iaitu 'phos' & 'graphis'. Bila digabungkan kedua2 perkataan tersebut membawa maksud 'DRAWING WITH LIGHT'. Kalau tak silap aku la. Aku pun ingat2 lupa.

Gambo kat bawah nih bukan la perfect lighting cuma ia amat bermakna buat aku. Tak cukup bokeh aku rase tuk portrait. Dah lens had itu je keupayaannye. Hehehe... Sambil amik gambo sambil belajar pasai lighting. Ada orang cakap kalau lighting bagus akan memberi impak yang besar pada satu2 gambo tu. Aku memang setuju sangat.

Saturday, March 21, 2009

Sabreena & Jannah's Reception...

Venue : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

More picture will be update soon!


Friday, March 20, 2009

Wishlist...

1) Ingat nak ada macro lens satu Canon EF 100mm F2.8 USM perhaps.
2) ST-E2. Nak layan slave pulak.
3) Extender 1.4x ( lens yang aku ada sekarang nih kalau pakai 2x nanti tak boleh autofocus).
4) Prime lens (tak tau lagi nak amik yang mana satu tapi tengah dok usha 85mm F1.2 atau 50mm F1.4).
5) Nak attend professional photography course if possible.

Baru2 nih harga pasaran untuk barang2 camera melambung naik antara 10-15% sebab MYR jatuh berbanding JPY. Beratus2 jugak la beza harga daripada sebelum naik bagi product2 yang mahal. Tapi bukan semua product naik harga. Ada jugak product yang masih maintain harga lama. Yang turun harga pun ada contohnye Canon EF 100mm F2.8 USM. Dengar rumor mungkin ada product baru nak keluar tapi tak tau la.

Dalam keadaan ekonomi sekarang nih mana mungkin aku nak memenuhi wishlist aku. Yang nombor 5 tu option. Ada pun tak pe, tak de pun tak pe. Kalau ada lagi bagus la. Sekurang2nye aku tau teknik fotografi yang betul. Ape yang SHOULD DO and SHOULD NOT.

Entah bila la aku nak dapat, hanya masa yang menentukan.

rgds
Adi Russman SR
 

My Photography Journal © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness