Wednesday, March 18, 2009

Radzi & Fazliana's Wedding...

Wah...Memang senang arr guna GPS pergi event. Confirm tak sesat. Nak dapat exactly rumah yang kita nak pergi tu takde la tapi sekurang2nye kita dah menghampiri tempat yang kita nak tuju. Event yang akan datang senang la skit nak cari rumah pengantin. Sekarang nih pun dah mula trend letak koordinat GPS dalam kad kawin. Memang best lah...

Special thanks to Hakim as a backup photographer.

Venue : Sungai Petani, Kedah.


Friday, March 13, 2009

Sunrise 3...

Best woo layan sunrise. Kenape aku suke?

1- Kita menghargai sebahagian daripada ciptaan tuhan sambil menikmati keindahan alam.
2- Bangun seawal pagi. Otak fresh badan pun sihat tapi tak da la sampai boleh mengurangkan kolestrol.
3- Belajar erti kesabaran sebab bukan selalu dapat moment yang best.
4- Sekurang2nye masa tidak disia2kan daripada tido sampai tengahari. Over tido kepala pun sakit.
5- Boleh improve skill in photography dari segi komposisi dan sebagainye.
6- Boleh release tension woo. Tak caya try la.
7- Sebab aku suke. Hehehe...

Venue : Kawasan Limbungan Sampan, Jelutong.

PERHATIAN : Barangsiapa yang bercita2 nak pergi, beware of the dog. Cukup la aku & Hakim menjadi mangsa. Hahaha...

Technical will be update soon!

Tuesday, March 10, 2009

Sabreena & Jannah's Wedding...

Venue : Ipoh, Perak.

More pictures to be update so stay tune!

Sebelum terlupa, Selamat Pengantin Baru! Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Nanti kita jumpe kat Hotel Singgahsana pulak. Hehehe...

Tak lupa jugak kepada member2 WISH CLUB dari Penang, special thanks sebab sudi mengescort pengantin. You guys very supportive & sporting. Dan jugak kepada sedara-mara yang hadir kut2 la ada tersinggah dan terbaca blog nih, terima kasih bebanyak atas kehadiran dan pertolongan anda semua.

Last but not least, to groom side ampun dan maaf dipinta sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

Coming Soon...


EnaSabreenaJannatulNaim's Wedding
070309

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul 2009/1430H...

12 Rabi’ulawwal merupakan tarikh yang penting buat umat Islam khususnye kerana satu peristiwa besar telah berlaku di mana kita menyambut kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Pada masa kini kita semakin lalai dari mengingati Allah dan Rasulnye. Hanya sekadar sebut di bibir2 tetapi pengisiannye kosong. Sama2 lah kita bermuasabah diri agar sentiasa menjadi insan yang cemerlang bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat yang kekal abadi.

عَنْ أَنَسِ بْنِ اَجْمَعِيْنَ مَالِكِ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدهِ وَالنَّاسِ

Dari Anas Bin Malik R.A. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga cintanya kepadaku melebihi cintanya kepada anaknya, bapanya dan sekelian manusia."

rgds
Adi Russman SR

Tuesday, March 3, 2009

Setahun Sudah Berlalu...

Cepat je masa berlalu. Sedar tak sedar tahun 2008 dah meninggalkan aku dengan penuh kenangan. Ada yang pahit ada yang manis. Tahun 2008 telah menjadi episod bermulanye minat, aktiviti, hobi dan secara tak langsung kerjaya sebagai seorang photographer atau lebih khususnye 'WEDDING PHOTOGRAPHER'.

Kenapa Photographer?

Asalnye sebab minat. Kalau tak minat memang tak jadi. Minat aku datang setahun yang lalu. Baru setahun jagung kata orang. Ditambah pula dorongan daripada orang yang rapat dengan aku terutamanya isteri yang dikasihi. Dulu aku pernah cerita kenapa aku beli DSLR? Secara ringkasnye aku nak bagitau kat sini aku beli bukan la sebab aku nak jadi wedding photographer tapi tak lain tak bukan nak amik gambar anak yang bakal dilahirkan pada waktu tu. Aku beli camera betul2 hari lahir wife aku.

Kenapa DSLR? Kenapa tak beli compact camera je?

Alang2 menyeluk pekasam. Dengar orang cerita DSLR lagi best. Masa tu sepatah haram pun tak tau amende DSLR. Aku pun survey2 la dalam internet. Cari maklumat sebanyak mungkin. Maklum la nak keluar modai besar. Oleh kerana minat dengan brand Canon, aku pun amik keputusan beli Canon EOS 400D sebab dalam range budget aku. Kalau kat Europe panggil Rebel Xti. Ok la untuk permulaan.

Aku banyak belajar sendiri. Internet la cikgu aku. Banyak sangat berjasa. Aku dah makin seronok bila dah mula mahir dengan function2 camera. Banyak benda yang aku boleh buat rupenye dengan camera nih. Sehingga la pada satu hari wife aku bertanyakan pada aku, nape tak tangkap gambo kawin? Di sini la segala2nye bermula...

Ape yang aku tau sekarang nih tentang ilmu photography hanya 10 per 100 je. Banyak lagi yang aku tak tau. Aku pernah register untuk menghadiri professional course in photography. Mahal jugak. Tapi tak pe aku sanggup. Kalau itu boleh memantapkan lagi skill dan ilmu tapi malangnye full la pulak. Depa kata nak masukkan aku next batch tapi sampai sekarang tak da apa berita. Mungkin ada la hikmahnye.

Aku nak ucap terima kasih pada wife aku, family aku dan kengkawan yang supportive dan jugak secara tak langsung kepada pembaca blog nih (kalau ada la yang baca). Komen2 anda amat saya hargai.

rgds
Adi Russman SR

Saturday, February 28, 2009

Joe & Izaty's Engagement...

Ada lagi gambar2 yang akan diupload dalam masa terdekat. Stay tune!

Venue : Rembau, Negeri Sembilan.

 

My Photography Journal © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness