Friday, August 28, 2009

Merdeka Tujuh Kali...

Apakah kita benar2 merdeka? Dah biasa sangat kita dengar soalan nih bila menjelang je kemerdekaan. Masing2 memberi pendapat sendiri tapi rata2nye menjelaskan dan bersetuju kita masih lagi tidak merdeka dibumi sendiri. Benarkah?

Aku berkesempatan membaca satu artikel tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah seorang berbangsa Cina yang telah memeluk agama Islam. Tajuk artikel nih "Nasib Melayu dibumi Melayu". Tima kasih kat member aku yang forward artikel yang best nih. Ape yang menarik tentang artikel nih ialah bagaimana beliau menghuraikan betapa kita di Malaysia nih masih lagi mengamalkan sifat perkauman. Walaupun dah 52 tahun merdeka tetapi sifat perkauman masih lagi kuat.

Aku tak nak menuding jari sape yang betul dan sape yang tak betul. Fikirlah sendiri.

Kita mesti kene ada semangat kekitaan. Mak aku selalu berpesan tolong bangsa sendiri. Macam mana nak tolong??? Kalau pergi kedai tu cari la peniaga Melayu. Beli kat orang Melayu. Kalau dah takde sangat barang yang kita nak tu kat kedai Melayu baru la cari kedai lain. Jadikan habit. Yang tu salah satu contoh la. Aku bukan nak mengapi2kan sentimen perkauman kat sini cuma sayangilah bangsa sendiri dan dalam masa yang sama hormatilah bangsa lain.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-52!

rgds
Adi Russman SR

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak!

Aku masih disini. Cuma bz sket sejak dua menjak tiga menjak nih. Keje2 kat opis makin bertambah sebab tak cukup manpower. Ramai yang dah cabut lari masa gawat aritu. Tinggai la bape kerat je. Abis keje balik umah dah penat pastu cepat je la tidonye.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak! Semoga memberi keberkatan dan rahmat dalam hidup kita.

p/s:

Dah lama aku tak makan buah melaka mak aku. Kali terakhir ada kut 15 tahun yang lepas. Dulu masa kecik2 waktu bulan pose selalu la tolong mak aku bubuhkan gula melakanye. Potong gula sikit punye beso. Nak bagi banyak intinye. Hahaha. Ape lg, beso2 la buah melakanye. Beso ibu jari kaki pun ada. Pastu lepas berbuka je main aci nyorok. Kengkawan ramai masa tu. Tak takut pulak bulan pose gelap2 main aci nyorok sbb budak2 punye mindset hantu dah kene ikat.

Rindu kan zaman kite kecik2 dulu :)

rgds,
Adi Russman SR
 

My Photography Journal © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness